Wednesday, December 26, 2018

Definisi Kecergasan Fizikal - SAINS SUKAN

KECERGASAN FIZIKAL

Definisi.
Menurut Clark ( 1966 ) kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Kecergasan fizikal yang optimal tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan.

Dalam masa yang sama seseorang individu itu masih mampu melakukan aktiviti yang lain bagi menikmati keseronokan hidup.  Orang yang mempunyai tahap kecergasan juga boleh diibaratkan sebagai kebolehan untuk menyaingi kehidupan yang seimbang dan lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial.  Ini secara keseluruhannya melibatkan kecergasan sosial, kecerdasan psikologi dan kecergasan fisiologi.

Menurut Corbin dan Lindsey ( 1988 ), kecergasan fizikal didefinisikan sebagai keupayaan keseluruhan organisma manusia untuk berfungsi dengan cekap dan berkesan. Kecergasan fizikal sewajarnya mengandungi 11 kompenen yang dapat memberi sumbangan terhadap kebolehan seseorang bekerja dengan berkesan menikmati masa riadah, menjadi sihat menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi keadaan kecemasan.

Komponen Kecergasan

Corbin dan Lindsey telah menyatakan bahawa kecergasan fizikal dapat dibahagikan kepada dua, iaitu:

A.    Komponen kecergasan fizikal bedasarkan kesihatan (Health-Related Fitness) yang meliputi 5 komponen.

KESIHATAN
1. Komposisi Badan (Body Composition).
Komposisi badan adalah kadar relative otot,lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh. Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah,berkadar dengan berat badan dan ketinggian.

2. Daya Tahan Kardiovaskular (Cardiovascular Fitness).
Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan system kardio-respiratori untuk melakukan kerja bagi jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.

3. Kelenturan (Flexibility).
Kelenturan dirujuk kepada julat pergerakan sendi iaitu, membenarkan sendi atau sendi-sendi bergerak dengan licin dan rintangan yang minimum.

4. Daya Tahan Otot (Muscular Endurance).
Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangka masa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.

5. Kekuatan Otot (Strength).
Kekuatan otot adalah keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja).



  B.   kecergasan berlandaskan perlakuan motor (Skill-Related Fitness) meliputi 6 komponen.

PERLAKUAN MOTOR
1. Ketangkasan (Agility).
Ketangkasan adalah keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan cepat.

2. Imbangan (Balance).
Imbangan adalah keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh sama ada melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik).

3. Koordinasi (Coordination).
Koordinasi adalah kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.

4. Kuasa (Power).
Kuasa adalah keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan otot.

5. Masa Reaksi (Reaction Time).
Masa reaksi adalah masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk berbuat demikian.

6. Ketangkasan (Speed).
Kelajuan adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat. Kelajuan dirujuk kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangka masa yang diberi.




KISAH BENAR Pada suatu hari ada orang yang sukan melakukan kekejaman pada org yang tak bersalah ini telah melanggar hukum agama