Thursday, March 21, 2019

KISAH BENAR

Pada suatu hari ada orang yang sukan melakukan kekejaman pada org yang tak bersalah ini telah melanggar hukum agama

Wednesday, March 20, 2019

2019 Resepi Nasi Ayam Simple Dan Sangat Sedap .Ayam Goreng Cantik Berkilat!





Mesti ramai yang suka makan nasi ayam kan. Tak kiralah hari-hari biasa atau hari istimewa, nasi ayam ni memang sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Lagipun, semua peringkat umur boleh makan, daripada anak-anak kecil hinggalah ke warga emas. Sebab itulah mak-mak kena standby siap-siap at least satu resepi nasi ayam untuk kita masak untuk famili mahupun tetamu.
Di sini kami nak kongsikan satu resepi nasi ayam simple tapi cukup power, hasil air tangan Puan Rosma Ros. Yang paling menyelerakan tentulah ayam gorengnya yang cantik berkilat. Dimakan pula panas-panas dengan nasi yang lembut, sup yang sedap dihirup, kicap yang menaikkan rasa dan sos yang memukau – mesti terangkat!
Jom kita tengok resepi nasi ayam yang lengkap dan disertakan dengan step-by-step ini. Mudah je, mesti semua orang boleh buat.

RESEPI NASI AYAM SIMPLE TAPI POWER

BAHAN-BAHAN

A. Untuk Rebusan Ayam
  • Seekor ayam
  • 1 biji bawang besar dipotong kasar
  • Seinci halia diketuk
  • 2 batang serai
  • 3 ulas bawang putih
B. Untuk Nasi
  • 5 cawan beras
  • Seinci halia dipotong nipis
  • 3 biji bawang merah dipotong halus
  • 4 ulas bawang putih dipotong halus
  • Sebatang kulit kayu manis (kecil)
  • Bunga lawang
  • Cengkih
  • Lemak ayam yang kita kumpul tadi
  • 1 sudu makan margerin/ butter
  • 1 ketul kiub ayam
  • Sedikit kunyit. Tak perlu banyak sangat nanti terlalu kuning
  • Daun pandan simpul
  • Garam
C. Untuk Ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • Setengah inci halia
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos lada hitam
  • Kicap manis secukupnya
  • Setengah sudu gula merah/ gula kabung
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil pati ayam
  • Sedikit margerin

1. BASUH & POTONG

 AYAM


Macam biasa ayam seekor, ikut suka nak potong macam mana. Asingkan lemak tapi jangan buang lemaknya, sebab nanti nak guna untuk buat minyak ayam.
Kalau suka ayam macam di kedai, tak payah potong, boleh guna seekor terus.

2. REBUS AYAM

Kita rebus dulu ayam sebelum diperap dan digoreng supaya dapat hasil yang juicy dan cantik. Air rebusan ayam ni kita akan gunakan untuk masak nasi nanti.
Caranya, panaskan air bersama bahan-bahan A di atas. Tunggu sampai mendidih, baru masukkan ayam. Jangan lama-lama sangat takut ayam kecut.

3. MASAK NASI

Seterusnya untuk memasak nasi, kita akan guna bahan-bahan B di atas.
Mula-mula, masukkan lemak ayam ke dalam periuk nasi bersama sedikit marjerin. Buka api sederhana dan biarkan lemak bertukar menjadi minyak.
Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis sekejap saja jangan sampai garing, biarkan layu je.
Kemudian masukkan beras yang dibasuh, pati ayam, marjerin, daun pandan dan garam. Goreng sekejap semua bahan ini sampai sebati.
Masukkan air rebus ayam tadi bersama sedikit kunyit, sukatan air macam biasa, jangan terlalu banyak nanti lembik. Tanak nasi sampai masak.

4. PERAP & GORENG AYAM

Untuk sediakan ayam goreng yang cantik dan berkilat, kita akan gunakan bahan C di atas.
Mula-mula, tumbukkan halia dan bawang putih, perah dan ambil jusnya saja. Kemudian, gaul semua bahan lain hingga sebati. Perap sekurang-kurangnya 1 jam dengan ayam yang dah direbus tadi. Kalau lagi lama lagi sedap.
*Nak bagi berkilat, masukkan ayam dalam kuali dengan untuk digoreng dengan sedikit kuah perapan ayam tadi dan tambah satu sudu madu. Kalau tak ada madu, letak marjerin sikit nak bagi kilat je. Gaul ayam dan kalau nampak dah berkilat, terus angkat dan toskan.
Masa goreng, guna api perlahan, kena selalu alihkan ayam supaya tak hangit. Masak jangan lama sangat takut ayam tak juicy.

5. SEDIAKAN SOS / SAMBAL

Makan nasi ayam memang tak sahlah kalau tak ada sos atau sambalnya, kan.
Nak buat ni senang saja, bahan-bahannya seperti di bawah:
  • 5-7 biji cili besar (Kalau suka pedas boleh letak cili padi / cili api merah)
  • Gula secukupnya
  • Gula kabung sedikit
  • Garam
  • 5 ulas bwg putih
  • Limau nipis agak-agak masam (Kalau tak ada boleh ganti dengan cuka)
  • Sos cili 4-5 sudu
Caranya, blenderkan semua bahan dan masak atas api sampai pekat. Kalau suka yang cair, masak sampai mendidih saja lepas tu boleh tutup api.


6. KUAH KICAP

Kuah kicap sebagai pelengkap. Gunakan kuah perapan yang lebih tadi dan tambah air rebusan ayam dan kicap secukupnya.
Masakkan sekejap atas api. Siap!

7. MASAK SUP

Kemudian, nak masak sup kita gunakan bahagian ayam yang kecil-kecil tadi. Contohnya kaki ayam, tulang, tengkuk, dan sebagainya. Rebus sampai masak. Masukkan sekeping kulit kayu manis, sedikit bunga lawang dan cengkih.
Kemudian masukkan pati ayam, perencah cukup rasa Maggi, lada sulah, dan garam. Rebus hingga menggelegak. Perasakan dengan garam jika perlu.
Bila dah masak, boleh taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.


8. SEDIAKAN SALAD / SAYURAN

Akhir sekali, bolehlah hiriskan timun, tomato, carrot dan daun salad untuk dihidang bersama nasi ayam ini. Barulah seimbang kan, cukup semua ada – nasi, protein, sayuran.

SIAP!

Beginilah hasilnya….




Wednesday, December 26, 2018

Definisi Kecergasan Fizikal - SAINS SUKAN

KECERGASAN FIZIKAL

Definisi.
Menurut Clark ( 1966 ) kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Kecergasan fizikal yang optimal tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan.

Dalam masa yang sama seseorang individu itu masih mampu melakukan aktiviti yang lain bagi menikmati keseronokan hidup.  Orang yang mempunyai tahap kecergasan juga boleh diibaratkan sebagai kebolehan untuk menyaingi kehidupan yang seimbang dan lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial.  Ini secara keseluruhannya melibatkan kecergasan sosial, kecerdasan psikologi dan kecergasan fisiologi.

Menurut Corbin dan Lindsey ( 1988 ), kecergasan fizikal didefinisikan sebagai keupayaan keseluruhan organisma manusia untuk berfungsi dengan cekap dan berkesan. Kecergasan fizikal sewajarnya mengandungi 11 kompenen yang dapat memberi sumbangan terhadap kebolehan seseorang bekerja dengan berkesan menikmati masa riadah, menjadi sihat menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi keadaan kecemasan.

Komponen Kecergasan

Corbin dan Lindsey telah menyatakan bahawa kecergasan fizikal dapat dibahagikan kepada dua, iaitu:

A.    Komponen kecergasan fizikal bedasarkan kesihatan (Health-Related Fitness) yang meliputi 5 komponen.

KESIHATAN
1. Komposisi Badan (Body Composition).
Komposisi badan adalah kadar relative otot,lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh. Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah,berkadar dengan berat badan dan ketinggian.

2. Daya Tahan Kardiovaskular (Cardiovascular Fitness).
Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan system kardio-respiratori untuk melakukan kerja bagi jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.

3. Kelenturan (Flexibility).
Kelenturan dirujuk kepada julat pergerakan sendi iaitu, membenarkan sendi atau sendi-sendi bergerak dengan licin dan rintangan yang minimum.

4. Daya Tahan Otot (Muscular Endurance).
Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangka masa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.

5. Kekuatan Otot (Strength).
Kekuatan otot adalah keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja).



  B.   kecergasan berlandaskan perlakuan motor (Skill-Related Fitness) meliputi 6 komponen.

PERLAKUAN MOTOR
1. Ketangkasan (Agility).
Ketangkasan adalah keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan cepat.

2. Imbangan (Balance).
Imbangan adalah keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh sama ada melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik).

3. Koordinasi (Coordination).
Koordinasi adalah kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.

4. Kuasa (Power).
Kuasa adalah keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan otot.

5. Masa Reaksi (Reaction Time).
Masa reaksi adalah masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk berbuat demikian.

6. Ketangkasan (Speed).
Kelajuan adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat. Kelajuan dirujuk kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangka masa yang diberi.




KISAH BENAR Pada suatu hari ada orang yang sukan melakukan kekejaman pada org yang tak bersalah ini telah melanggar hukum agama